Friday 15 July 2011

Program Motivasi Murid Tahun 6 / 2011

Program Motivasi Murid Tahun 6 telah dianjurkan oleh PIBG sekolah dengan kerjasama Unit Kecemerlangan Sekolah. Program ini ditaja sepenuhnya oleh PIBG sekolah. Para penceramah terdiri daripada Pensyarah-pensyarah UTHM dan juga pensyarah-pensyarah Politeknik Merlimau. Turut sama membantu ialah 3 orang guru yang dilantik sebagai fasilitator. Penceramah dan fasilitator ini diketuai oleh Dr Mutalib bin Leman (UTHM) yang juga merupakan AJK PIBG sekolah. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Mohd Hisham bin Abd Rahim YDP PIBG serta AJK kerana begitu perihatin terhadap kecemerlangan murid SKM 2. Pihak sekolah juga berharap agar program ini akan dapat menyuntik semangat murid-murid untuk berjaya dalam Peperiksaan UPSR nanti.

Tarikh : 16 Julai 2011
Hari    : Sabtu
Masa  : 8:00 pagi hingga 01:30 tengah hari
Tempat : Dewan Titanium Politeknik Merlimau



Klik untuk gambar-gambar program.

No comments:

Post a Comment