PUSAT SUMBER SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Merlimau 2 ini telah diasaskan pada tahun 1981. Setelah sekolah dan pentadbirannya berpindah dari sekolah lama ke sekolah baru. Sebelum itu, Sekolah Rendah Kebangsaan Merlimau 2 terletak berhampiran Pekan Merlimau.
Pusat Sumber Sekolah asalnya terletak di tingkat 1, Bangunan Blok B, yang menempatkan sebuah Perpustakaan dan Bilik BBM. Sementara Bilik Tayang pula terletak di Aras Bawah Blok berkenaan.
Namun begitu pada tahun 1998, pihak sekolah telah menerima sebuah lagi bangunan baru tiga tingkat yang dikenali sebagai Bangunan Blok D. Bangunan baru ini dilengkapi dengan Bilik Perpustakaan, Bilik Tayang, Bilik BBM dan Bilik Komputer. Perpustakaan, Bilik Tayang dan Bilik BBM terletak di Tingkat Satu manakala Bilik Komputer terletak di Tingkat 2.
Demi keperluan yang mendadak, Bilik BBM telah menjadi Bilik JQaf dan Bilik Komputer telah menjadi Kelas Pendidikan Khas Disleksia. Bilik BBM dipindahkan ke Tingkat 3 dan Bilik Komputer diganti dengan Makmal Komputer yang telah dibina.