Thursday 28 July 2011

Persiapan Sempena Bulan Kemerdekaan 2011

Persiapan untuk menyambut Bulan Kemerdekaan mula dijalankan oleh guru dan pekerja sekolah. Program ini diketuai oleh En Suhimi Monel selaku GPK HEM sekolah. Program Kibar Jalur Gemilang ini diadakan setiap tahun bagi memperingati Bulan Kemerdekaan Malaysia.

Friday 22 July 2011

LADAP kali ke-4

Tarikh  : 23 Julai 2011
Hari     : Sabtu
Masa   : 8:00 pagi hingga 1:00 tengah hari
Tempat : Makmal Komputer Sekolah

Tajuk : Slot 1
            Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
Penceramah : Pn Mariam Ibrahim










Friday 15 July 2011

Program Motivasi Murid Tahun 6 / 2011

Program Motivasi Murid Tahun 6 telah dianjurkan oleh PIBG sekolah dengan kerjasama Unit Kecemerlangan Sekolah. Program ini ditaja sepenuhnya oleh PIBG sekolah. Para penceramah terdiri daripada Pensyarah-pensyarah UTHM dan juga pensyarah-pensyarah Politeknik Merlimau. Turut sama membantu ialah 3 orang guru yang dilantik sebagai fasilitator. Penceramah dan fasilitator ini diketuai oleh Dr Mutalib bin Leman (UTHM) yang juga merupakan AJK PIBG sekolah. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Mohd Hisham bin Abd Rahim YDP PIBG serta AJK kerana begitu perihatin terhadap kecemerlangan murid SKM 2. Pihak sekolah juga berharap agar program ini akan dapat menyuntik semangat murid-murid untuk berjaya dalam Peperiksaan UPSR nanti.

Tarikh : 16 Julai 2011
Hari    : Sabtu
Masa  : 8:00 pagi hingga 01:30 tengah hari
Tempat : Dewan Titanium Politeknik Merlimau



Klik untuk gambar-gambar program.

Thursday 14 July 2011

Motivasi Tahun 6

Motivasi Pecutan UPSR
Tarikh : 01 Julai 2011
Hari    : Jumaat
Masa  : 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat : Makmal Komputer
Sasaran : Murid Tahun 6
Penceremah dari Darul Imtiaz


Klik untuk gambar-gambar lain.

Ceramah Isra' Mikraj 1432H

Majlis Ceramah Isra' Mikraj 1432H / 2011M Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari Jumaat 15 Julai 2011. Majlis ini diadakan untuk mengingati peristiwa penting dalam Sejarah Islam. Majlis dimulakan dengan semua murid dan guru berkumpul di Dataran Perhimpunan. Ceramah bermula pada pukul 8:00 pagi dan telah disampaikan oleh Penceramah Undangan iaitu Ustaz Omar bin Man yang merupakan Guru agama yang berpengalaman dari SMK Datuk Abdul Rahman Yaakob. Ceramah selam 1 jam ini telah memberikan banyak ilmu dan pengetahuan kepada semua warga sekolah.



Klik untuk lihat gambar-gambar

Wednesday 13 July 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR DAN UJIAN SELARAS 2

Peperiksaan Percubaan UPSR dan Ujian Selaras 2 akan diadakan pada

Tarikh
19, 20 dan 21 Julai 2011

Hari
Selasa, Rabu dan Khamis

Semua murid diminta mengulangkaji pelajaran agar mendapat keputusan yang cemerlang. Insyaallah.

Tuesday 12 July 2011

PSS Kami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat datang dan terima Kasih kerana sudi melayari
Blog Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Merlimau 2 ini.
Kami menerima sebarang komen, pandangan atau cadangan dari semua pihak 
demi menambah baik lagi blog ini.

Saturday 9 July 2011

Program Klinik Tutor Astro (TUTOR TV) 2011

Tarikh  :  10 Julai 2011 / Ahad
Masa   :  8:00 pg hingga 5:30 ptg
Tempat : PPD Jasin

Peserta :
1. Muhammad Haiqal bin Azmi
2. Ahmad Luqman Hakim bin Hasnan
3. Fatin Nur Atikah binti Abd Rahman
4. Nuthayati Liyana binti Zulkafli

Guru Pengiring : Rafidi bin Abd Razak





Friday 1 July 2011

Larian 1Murid 1Sukan

Program Larian 1Murid 1Sukan akan disertai oleh semua murid sekolah seluruh Malaysia akan diadakan pada :

Hari    : Sabtu
Tarikh : 02 Julai 2011
Masa  : 7:30 pagi hingga 12:40 tengah hari
Tempat : Sekitar kawasan SK Merlimau 2

Selamat Beriadah Kepada Semua Warga SK Merlimau 2

.