Wednesday 12 October 2011

Selamat Berpisah dan Selamat Datang

Oktober 2011, - Oktober tiba bersama suatu perubahan kepada warga SK Merlimau 2. Tuan Hj Zulkafli bin Aziz, telah diarah berpindah ke SK Batu Gajah dan tempat beliau telah diambil alih oleh Puan Hjh Aishah Mahmood sebagai Guru Besar yang baru. Warga SK Merlimau 2 mengucapkan selamat berpisah dan selamat datang kepada tuan dan puan.

Thursday 4 August 2011

Pameran Dan Ceramah AaDK 2011

Pameran dan Ceramah AaDK telah diadakan pada hari ini, Jumaat, 5 Ogos 2011.Program ini dijalankan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah dan dibantu oleh Guru-Guru Pelatih IPPM.
Murid-murid Tahap 1 dapat menyaksikan Pameran AaDK bermula dari pukul 9:00 pagi lagi. Di samping melihat pameran, murid-murid juga diuji dengan pelbagai permainan. Bagi murid Tahap 2, ceramah AaDK telah diadakan pada pukul 10:00 pagi di kantin sekolah.
Diharap program yang sangat berguna ini akan memberi kesan kepada murid-murid agar mereka sedar tentang Bahaya Penyalahgunaan Dadah dan mereka tidak akan melibatkan diri dengan kegiatan yang tidak bermoral ini.

Tuesday 2 August 2011

Kenangan Bersama SiPintar

Penyampaian Sumbangan Buddhist kepada Murid-murid India

Majlis Penyampaian Sumbangan dari Persatuan Buddhist kepada murid-murid India telah diadakan pada pagi ini, 03 Ogos 2011. Majlis disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Suhimi bin Monel.

Monday 1 August 2011

Aktivit Pagi SKM2

Bermula hari Selasa 2 Ogos 2011, aktivit pagi di Dataran Perhimpunan akan dikendalikan oleh Guru-guru Pelatih Dari IPPM. Program ini akan berlangsung selama sebulan dan berteraskan Matapelajaran Bahasa Inggeris...

Thursday 28 July 2011

Persiapan Sempena Bulan Kemerdekaan 2011

Persiapan untuk menyambut Bulan Kemerdekaan mula dijalankan oleh guru dan pekerja sekolah. Program ini diketuai oleh En Suhimi Monel selaku GPK HEM sekolah. Program Kibar Jalur Gemilang ini diadakan setiap tahun bagi memperingati Bulan Kemerdekaan Malaysia.